• Guru-guru
  • Harga
  • Proses mengajar

Pembelajaran percubaan Log masuk
Berikan sumbangan anda untuk membantu Ukraine

All Right ialah sekolah Bahasa Inggeris antarabangsa yang berakar umbi di Ukraine bagi kanak-kanak, dengan perwakilan di Itali, Sepanyol, Poland, Amerika Latin dan Romania. Selama 5 tahun kami telah membantu kanak-kanak dari 18 negara untuk belajar Bahasa Inggeris.

Sejak bermulanya perang di Ukraine, kami telah berusaha untuk memastikan pekerja kami di Ukraine dan keluarga mereka selamat dan kelas Bahasa Inggeris terus berjalan seperti biasa. Dengan menempah pembelajaran di sekolah kami, anda menyokong syarikat kami, serta guru dan pekerja kami, yang sebahagian daripada mereka masih kekal di Ukraine.

Selain pembelian pembelajaran, anda juga boleh menderma untuk pembelajaran Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak Ukraine. Kami menjalankan pembelajaran sedemikian dalam format berkumpulan dan individu.

Derma pembelajaran untuk kanak-kanak Ukraine

Capai 400 pembelajaran

Mereka memerlukan bantuan anda
Ilya

Ilya berumur 10 tahun. Dia telah belajar di sekolah All Right selama 3 tahun dengan guru-guru dari Ukraine, Rusia dan Filipina. Dia telah lulus lebih daripada 100 pembelajaran. Dia seorang budak yang punyai rasa ingin tahu dan sentiasa bertanya. "Ibu, saya tidak akan lupa raung bunyi siren. Ia agak menakutkan tapi saya sudah dewasa, kan? Nasip baik kita ada ruang bawah tanah. Adakah kita akan kembali ke Kyiv?"

Misha

Mykhailo berumur 7 tahun. Dia baru sahaja mula belajar Bahasa Inggeris di Sekolah All Right. Semasa meninggalkan kampung halamannya di Kharkiv semasa pengeboman berlaku, dia berkata: "Ibu, berjanjilah dengan saya yang kita akan berjumpa ayah tidak lama lagi dan pulang ke rumah sebab saya hanya mahu tinggal di Ukraine."

Kyryl

Hai! Nama saya Kyrylo dan saya berumur 9 tahun. Saya telah belajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol di sekolah selama lebih daripada setahun. Saya telah lulus lebih daripada 150 pelajaran secara keseluruhan. Saya suka semua tentang planet dan haiwan, dan saya suka mengembara. Lawatan yang saya rancang ke Vienna telah dibatalkan tetapi saya masih jauh dari rumah. Saya pun tidak tahu apa perasaan saya tentang itu. Saya percaya yang keamanan akan tiba tidak lama lagi, kita akan dapat merancang sesuatu semula dan hanya menikmati hidup.

Luba, Fedya, Luka

Liuba, Fedya dan adik lelakinya Luka telah berkawan sejak mereka dilahirkan. Liuba telah belajar di All Right selama beberapa tahun. Dia sentiasa memberitahu rakannya tentang kelas tersebut dengan cara yang menarik sehinggakan mereka juga ingin belajar Bahasa Inggeris dalam talian walaupun mereka tidak berminat sebelum ini. Oleh kerana perang di Ukraine, rakan-rakannya telah meninggalkan rumah mereka untuk keselamatan. Mereka kini menghabiskan masa mereka bersama-sama, mendengar pembelajaran masing-masing dalam talian untuk belajar lagi dan melakar bendera Ukraine dengan keyakinan akan kemenangan kerana mereka tidak mahukan apa-apa selain pulang lebih awal.

Mariya

Maria berumur 8 tahun. Kehidupan kami telah berubah secara radikal dalam satu hari: siren, bunyi letupan dan tembakan artileri, bersembunyi di ruang bawah tanah yang sejuk pada musim sejuk... Dua hari kemudian kanak-kanak telah berhenti menangis, apabila pada tengah malam mereka bangun untuk berlari ke ruang bawah tanah. Mereka belajar mengemas dalam beberapa minit dan turut membawa bersama semua haiwan peliharaan… Selepas seminggu hidup di 'ruang bawah tanah', mereka memutuskan untuk berpindah ke kawasan yang lebih aman di Ukraine. Jalannya sukar, perang tidak akan lepaskan mereka, ia menganiaya kami - ada serangan peluru berpandu dan letupan di setiap tempat yang kami singgah bermalam... Sekarang kami berada di tempat yang selamat, kami cuba melakukan sesuatu dari kehidupan biasa sebelum perang... Contohnya, untuk meneruskan pembelajaran. Untuk mengalihkan perhatian, bertahan secara mental dan terus memberi inspirasi kepada pembela kami untuk kemenangan.

© 2022 AllRight.com
Terma dan syarat Polisi Privasi Polisi Kuki Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak
Virtual Mentor, Inc., 541 Jefferson Avenue, Suite 100, Redwood City, CA 94063
Allright Limited, 12 Promitheos St., Office 301, 1065 Nicosia, Cyprus