Pilih mata wang

  • Hryvnia Ukraine UAH
  • Dolar AS USD
  • Euro EUR
  • Zloty Poland PLN
  • Dinar Serbia RSD
  • Koruna Republik Czech CZK
  • Forint Hungary HUF
  • Leu Romania RON
  • Sheqel Israel ILS
  • Rial Saudi SAR
  • Dirham Emiryah Arab Bersatu AED
  • Pound Mesir EGP
  • Lira Turki TRY
  • Ringgit Malaysia MYR
  • Rupiah Indonesia IDR
  • Dong Vietnam VND
  • Baht Thai THB
  • Won Korea Selatan KRW
  • Yen Jepun JPY
  • Tenge Kazakhstan KZT
  • Peso Argentina ARS
  • Real Brazil BRL
  • Peso Chile CLP
  • Peso Colombia COP
  • Peso Mexico MXN
  • Nuevo Sol Peru PEN
  • Lari Georgia GEL
  • Dram Armenia AMD
  • Manat Azerbaijan AZN
  • Som Uzbekistan UZS
  • Som Kyrgystan KGS
  • Leu Modova MDL
  • currencies.DOP DOP

Bahasa Inggeris dalam talian untuk kanak-kanak

Untuk menempah pembelajaran percubaan, sila pilih umur kanak-kanak.

Tempah pembelajaran percubaan untuk anak anda sekarang untuk mengekalkan diskaun

Diskaun sah selama 24 jam selepas pembelajaran percubaan untuk langganan enam bulan
Tempah pembelajaran percubaan untuk anak anda sekarang untuk mengekalkan diskaun
Tempah pembelajaran percubaan untuk anak anda sekarang untuk mengekalkan diskaun

Bagaimana pembelajaran dijalankan:

Selami dunia Bahasa Inggeris sepenuhnya

Pembelajaran dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Dengan cara ini, kanak-kanak boleh belajar perkataan dan frasa lengkap dengan mudah

Selami dunia Bahasa Inggeris sepenuhnya

Metodologi berasaskan permainan

Tiada lagi pembelajaran dengan menghafal! Permainan, lagu dan kartun dalam Bahasa Inggeris menjadikan setiap pembelajaran menarik

Metodologi berasaskan permainan

Kelab bertutur

Pembelajaran berkumpulan dengan rakan sebaya membolehkan kanak-kanak belajar dalam persekitaran Bahasa Inggeris dan membantu mengembangkan kemahiran bertutur

Kelab bertutur

Metodologi Cambridge

Program ini berdasarkan standard Cambridge YLE. Selepas menyelesaikan satu tahap, kanak-kanak boleh mengambil peperiksaan antarabangsa yang sepadan dengannya

Metodologi Cambridge

Kami memperibadikan pembelajaran mengikut minat kanak-kanak.

Bermain Minecraft - photo

Bermain Minecraft

Bermain Minecraft - photo

Bermain Minecraft

Adakah anak anda suka merekacipta dunia mereka sendiri atau menonton video Minecraft selama berjam-jam? Hobi ini bermanfaat mulai sekarang.

Tempah pembelajaran
Let's play Roblox - photo

Let's play Roblox

Let's play Roblox - photo

Let's play Roblox

Is your child into Roblox? Why not offer to use this passion to learn English.

Tempah pembelajaran
Alam dan haiwan - photo

Alam dan haiwan

Alam dan haiwan - photo

Alam dan haiwan

Adakah anak anda sukakan haiwan? Jadi, bersama Charlie-the-fox, mereka akan belajar tentang haiwan dalam Bahasa Inggeris.

Tempah pembelajaran
Pembinaan - photo

Pembinaan

Pembinaan - photo

Pembinaan

Adakah ianya sukar untuk anda melangkah dalam rumah anda tanpa terpijak pembinaan? Kami mencipta dunia LEGO untuk kanak-kanak belajar Bahasa Inggeris.

Tempah pembelajaran
Artis muda - photo

Artis muda

Artis muda - photo

Artis muda

Adakah anak anda suka melukis sehinggakan tiada lagi ruang pada dinding? Arahkan tenaga kreatif dengan cara yang berguna! Kami akan melukis dunia sekeliling dan belajar bertutur mengenainya dalam bahasa Inggeris.

Tempah pembelajaran
Puteri-puteri - photo

Puteri-puteri

Puteri-puteri - photo

Puteri-puteri

Adakah sukar untuk andas meyakinkan pencinta kartun anda untuk belajar? Dengan bantuan puteri-puteri kami, anda tidak lagi perlu memujuk rayu. Setiap pembelajaran memepunyai sedikit pengembaraan Bahasa Inggeris.

Tempah pembelajaran
Bermain Minecraft - photo

Bermain Minecraft

Bermain Minecraft - photo

Bermain Minecraft

Adakah anak anda suka merekacipta dunia mereka sendiri atau menonton video Minecraft selama berjam-jam? Hobi ini bermanfaat mulai sekarang.

Tempah pembelajaran
Let's play Roblox - photo

Let's play Roblox

Let's play Roblox - photo

Let's play Roblox

Is your child into Roblox? Why not offer to use this passion to learn English.

Tempah pembelajaran
Alam dan haiwan - photo

Alam dan haiwan

Alam dan haiwan - photo

Alam dan haiwan

Adakah anak anda sukakan haiwan? Jadi, bersama Charlie-the-fox, mereka akan belajar tentang haiwan dalam Bahasa Inggeris.

Tempah pembelajaran
Pembinaan - photo

Pembinaan

Pembinaan - photo

Pembinaan

Adakah ianya sukar untuk anda melangkah dalam rumah anda tanpa terpijak pembinaan? Kami mencipta dunia LEGO untuk kanak-kanak belajar Bahasa Inggeris.

Tempah pembelajaran
Artis muda - photo

Artis muda

Artis muda - photo

Artis muda

Adakah anak anda suka melukis sehinggakan tiada lagi ruang pada dinding? Arahkan tenaga kreatif dengan cara yang berguna! Kami akan melukis dunia sekeliling dan belajar bertutur mengenainya dalam bahasa Inggeris.

Tempah pembelajaran
Puteri-puteri - photo

Puteri-puteri

Puteri-puteri - photo

Puteri-puteri

Adakah sukar untuk andas meyakinkan pencinta kartun anda untuk belajar? Dengan bantuan puteri-puteri kami, anda tidak lagi perlu memujuk rayu. Setiap pembelajaran memepunyai sedikit pengembaraan Bahasa Inggeris.

Tempah pembelajaran

Semua guru mengajar. Guru terbaik memberi inspirasi

Saindy
🇵🇭 Philippines
Julieta
🇪🇸 Spain
Mariia
🇺🇦 Ukraine
Victoriia
🇺🇦 Ukraine
Novica
🇲🇪 Montenegro
Jovana
🇷🇸 Serbia
Christopher
🇺🇸 USA
Mika
🇺🇸 USA
Szemida
🇺🇸 USA
Barbora
🇸🇰 Slovakia
Daryna
🇺🇦 Ukraine
Veronika
🇺🇦 Ukraine
Ewa
🇵🇱 Poland
Karen
🇨🇴 Colombia
Maryia
🇵🇱 Poland
Ana
🇺🇸 USA
Jaconde
🇿🇦 South Africa
Anastasiia
🇺🇦 Ukraine
Marian
🇬🇧 Great Britain
Ludy May
🇵🇭 Philippines
Sandrine
🇺🇸 USA
Natalia
🇵🇱 Poland
Gertrudes
🇵🇭 Philippines
Magdalena
🇵🇱 Poland

Media tentang kami

Anugerah kami

Our Awards

Anugerah kami

  • Pemenang Technology Fast 500

  • 200 startup EdTech paling menjanjikan di Eropah

  • Syarikat permulaan teknologi terkemuka

  • Finalist in the Language Learning category.

Ulasan dari ibu bapa

Vladislav dan Valentin

Anak saya (6 tahun) sangat menyukainya. Kami menghadiri kedua-dua pembelajaran individu dan kelab pertuturan berkumpulan (3-6 kanak-kanak pada satu masa). Pembelajaran dijalankan dengan cara yang menyeronokkan. Sangat disyorkan.

Gheorghe Madalina dan Gheorghe Ilinca

Saya sangat gembira dengan sekolah ini. Anak saya menghadiri pembelajaran "percubaan", dan sejak itu setiap hari dia bertanya jika dia ada kelas Bahasa Inggeris kerana dia sangat menyukainya. Dan dia sangat gembira dengan gurunya, dan semua diskaun sangat bagus.

Cyril dan Victoria

Salam sejahtera semua. Saya sangat suka Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak di sekolah kamu. Anak saya tertunggu-tunggu kelas pembelajaran dia. Kami sangat menyukai cikgu Julia, dan saya juga sedang menunggu pembelajaran bersama dengan anak saya :)))

Raluca dan Sara

Anak perempuan saya yang berumur 4 tahun berasa sangat risau. Terima kasih kepada guru yang sangat baik dan penyabar, ditambahkan lagi dengan pembelajaran yang sangat menarik, anak saya tidak sabar menunggu untuk memulakan pembelajaran dia lagi

Maja dan Paulina

Pembelajaran dengan cikgu Kamila menarik, menyeronokkan, dan kami sangat seronok belajar Bahasa Inggeris dengan dia. Cikgu suka membantu dan bermain permainan yang berpendidikan

Bartosz dan Joanna

Saya syorkan untuk belajar di Sekolah All Right :) Anak saya suka pembelajaran dengan gurunya dan tak sabar menunggu pembelajaran seterusnya selepas pembelajaran terakhir dia tamat! Saya dapat nampak penglibatan dan perkembangan dia. Sokongan sentiasa ada kalau saya mempumyai persoalan. Disyorkan

AllRight.com 4.9 dari 5

Maklum balas daripada ibu bapa di seluruh dunia

Kos pembelajaran

Beli sekarang. Ansuran 3 kali dengan Klarna.

Jaminan wang dikembalikan dalam 28 hari!

bagi pembelajaran yang tidak digunakan

Ibu bapa bertanya

free_trial_lesson_category

Pembelajaran percubaan percuma

Apakah yang saya perlukan untuk mendaftar untuk pembelajaran percuma?

👉 Pembelajaran percubaan adalah untuk berkenalan dengan guru dan menentukan tahap pengetahuan melalui komunikasi secara langsung dan tugas yang menarik. Ia juga merupakan peluang untuk mengenali platform interaktif kami 😉

Berdasarkan hasil pembelajaran, guru akan memilih kursus yang sesuai dan memberikan cadangannya. Tempoh pembelajaran percubaan ialah 25 minit. ⏲

Untuk mendaftar, pergi ke laman web sekolah Bahasa Inggeris All Right, klik butang "Cuba secara percuma", jawab soalan tentang matlamat anda dan tahap kanak-kanak, dan sistem akan memilih guru yang paling sesuai untuk anda.
Jangan lupa bersedia untuk pembelajaran percubaan 😉

Patutkah ibu bapa hadir semasa pengajaran?

Kami sangat mengesyorkan ibu bapa untuk menghadiri pembelajaran percubaan. Anda akan dapat membantu kanak-kanak menavigasi tetapan teknikal laman web. Anda juga boleh membentuk kesan anda sendiri terhadap Bilik Darjah, kurikulum, dan kaedah pengajaran guru.
👉Kami tidak menasihati anda untuk menjawab bagi pihak kanak-kanak atau menterjemahkan. Dalam pembelajaran biasa, kanak-kanak sudah dapat menggunakan alat-alat laman web dan dapat menyelesaikan pembelajaran secara independen tanpa sokongan anda.

Bagaimana jika anak tidak sukakan guru?

Kami yakin bahawa hubungan antara murid dan guru adalah penting terutamanya untuk murid muda. Guru-guru kami mempunyai pengalaman bekerja dengan kanak-kanak berumur dari 3 tahun dan kelayakan guru Bahasa Inggeris adalah mengikuti piawaian CEFR.
Kami menjalankan kawalan kualiti kelas dan latihan tambahan yang kerap untuk guru. Oleh itu, jika kanak-kanak tersebut tidak menyukai guru, kami akan cadangkan guru lain secara percuma, dengan mengambil kira pilihan anda.

Bolehkah saya mendapatkan pembelajaran percubaan dari telefon saya?

Pembelajaran percubaan berlangsung di Bilik Darjah. Kanak-kanak melukis, membaca, menonton video dan gambar, dan mengamati ekspresi wajah dan isyarat guru. Kualiti pembelajaran terjejas apabila menggunakan skrin kecil telefon, jadi kami sangat mengesyorkan menggunakan tablet atau komputer. Untuk tablet, sila muat turun aplikasi All Right kami.

Adakah guru bertutur dalam bahasa ibunda anak saya?

Guru-guru kami dipilih berdasarkan pengetahuan mereka tentang kaedah pengajaran untuk kanak-kanak dengan tahap kecekapan bahasa yang berbeza. Pengetahuan bahasa ibunda kanak-kanak tidak diperlukan.
👉 Program latihan dibangunkan menggunakan metodologi Komunikatif moden, yang bermakna penekanan diberikan pada pertuturan. Penerapan fizikal sepenuhnya dalam persekitaran bahasa membantu mencapai hasil yang lebih baik, berbeza dengan kaedah terjemahan usang ke dalam bahasa ibunda. Kelengkapan teknikal Bilik Darjah juga membantu untuk mencari bahasa yang sama antara guru dan pelajar, contohnya, akses kepada penterjemah automatik dalam sembang atau stiker-gif yang menunjukkan apa yang perlu dilakukan pelajar dengan tepat.

Bagaimanakah cara pembelajaran dijalankan?

Pembelajaran berlaku dalam bilik darjah interaktif di laman web sekolah atau dalam aplikasi All Right. Ia dilengkapi dengan pelbagai alat yang menjadikannya "hidup", boleh diklik, dan menarik untuk pelajar. Semasa pembelajaran, kanak-kanak menjalankan lebih daripada 30 jenis latihan interaktif: bermain permainan ingatan, mewarna gambar, menghubungkan objek dengan garis, mendengar dan menyanyi lagu, dan lain-lain. Semua bahan dan tugasan rumah yang selesai juga disimpan di sana.

Bagaimana memilih guru?

Selepas menjawab soal selidik, kami secara automatik akan memilih guru yang paling sesuai untuk anak anda dari segi tahap, matlamat pembelajaran, perangai dan minat. Tetapi anda juga boleh memilih guru anda di laman web.

general_questions_category

Soalan Umum

Apa yang termasuk dalam pakej?

All Right menyediakan perkhidmatan latihan yang menyeluruh. Pakej ini termasuk pembelajaran individu dengan seorang guru, kelas berkumpulan dalam Kelab Bertutur, akses kepada permainan mudah alih, aplikasi mudah alih, kerja rumah, sokongan sepanjang 365 hari setahun.

Berapakah tempoh sesuai untuk pembelajaran individu bagi anak saya: 25 atau 55 minit?

Kami syorkan pembelajaran 25 minit untuk kanak-kanak di bawah umur 8 tahun dan 55 minit untuk kanak-kanak berumur 9 tahun ke atas.

Bagaimana jika format kelas dalam talian tidak sesuai untuk anak saya?

Di Sekolah All Right, pembelajaran berjalan satu sama satu dengan guru, jadi seluruh perhatian hanya diberikan kepada anak anda. Guru boleh mengawal penglibatan murid dan mencadangkan tugasan yang diperlukan oleh anak anda sekarang.

Di samping itu, format dalam talian memberikan lebih banyak peluang:
kanak-kanak tersebut bukan sahaja berkomunikasi dengan guru, tetapi juga melakukan tugas interaktif yang menarik. Dalam satu pembelajaran, kanak-kanak melakukan 10-15 jenis aktiviti bersilih ganti. Oleh itu, mereka tidak merasa bosan atau letih.

Saya rasa ianya mustahil untuk mempelajari sebutan yang betul dalam talian

Sebutan Bahasa Inggeris yang betul terdiri daripada 4 elemen penting: artikulasi yang betul, penekanan, intonasi dan pertuturan yang koheren.
Guru-guru kami memberi perhatian kepada semua 4 komponen ini. Format kelas dalam talian tidak menjejaskan kualiti sebutan. Guru berpengalaman kami melakukan pemantauan cara pelajar menyebut bunyi melalui video dan boleh membetulkan kanak-kanak itu tepat pada masanya. Cara terbaik untuk mempelajari sebutan dengan betul adalah dengan belajar dengan guru dari Amerika Syarikat atau England.

Apakah Kelab Bertutur?

Kelab Bertutur ialah sesi atas talian berkumpulan bersama seorang guru. Kelab boleh mempunyai sehingga 8 peserta dengan umur dan tahap kecekapan Bahasa Inggeris yang serupa. Topik-topik Kelab Bertutur sentiasa berkembang. Pelbagai tema akan memenuhi sebarang minat, dari kelab permainan seperti Minecraft dan Roblox hingga topik harian seperti perjalanan ke kedai atau penyediaan sarapan.

Mengapa anda perlukan permainan mudah alih All Right?

Semua pelajar sekolah kami mendapat akses percuma kepada permainan interaktif dalam aplikasi mudah alih All Right. Kanak-kanak tersebut belajar dan mengulangi perkataan dan frasa selepas watak permainan Charlie-the-Fox, yang membantu latihan sebutan dan menambah perbendaharaan kata. Ambil masa beberapa minit sehari untuk bermain dengan Charlie akan membuatkan anak anda berminat dalam pembelajaran bahasa.

learning_process_category

Organisasi proses pembelajaran

Bagaimana dengan jadual kelas?

Di sekolah kami, anda membuat jadual yang sesuai untuk anda. Pilih slot yang sedia ada dalam jadual guru dan tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris anak anda. Untuk hasil terbaik, kami syorkan untuk belajar sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Apakah jadual pelajaran atau tempahan terbuka bermaksud?

Anda boleh membuat jadual pembelajaran tetap sendiri. Ia akan diperbaharui secara automatik selepas setiap pembayaran. Jika pilihan jadual tetap tidak sesuai, anda bebas untuk menempah satu pembelajaran pada bila-bila masa yang sesuai.

Adakah ada kerja rumah dan dalam format apa?

Selepas setiap pengajaran, pelajar diberi peluang untuk mengambil latihan baru untuk mengukuhkan pengetahuan mereka. Pelajar mengulangi semua bahan yang dicover dalam bentuk latihan interaktif. Latihan tersebut dibahagikan mengikut kemahiran, yang bermaksud pelajar akan mempunyai peluang untuk mengamalkan perkataan dan struktur tatabahasa yang dipelajari, mengamalkan membaca, menulis, dan juga berbicara. Amalan tersebut termasuk kemampuan untuk merekod suara dan mengamalkan sebutan.

Berapakah banyak pembelajaran setiap minggu yang kita perlukan untuk keputusan yang lebih baik?

Kami syorkan untuk belajar sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Kekerapan kelas yang optimum ialah 3 kali seminggu. Dengan cara itu anda akan mendapat hasil yang stabil secara jelas. Ini disebabkan fakta bahawa dengan tempoh rehat yang lama antara kelas, kanak-kanak itu lupa apa yang dilakukan dalam pembelajaran yang lepas dan guru akan menghabiskan banyak masa mengulangi bahan yang telah dipelajari.

teacher_program_category

Guru dan program

Adakah guru-guru tersebut bertauliah?

Sebelum menyertai pasukan kami, guru-guru menjalani proses pemilihan yang ketat dan bersaing. Sekolah kami mempekerjakan profesional yang berpassion dalam pekerjaan mereka. Semua guru mempunyai pengalaman bekerja dengan kanak-kanak, serta sijil pengajaran atau pendidikan yang berkaitan. Dalam profil guru, anda boleh menonton sambutan video dan membaca ulasan sebenar dari pelajar.

Apa itu CEFR?

CEFR - Rangka Kerja Bersama Eropah Rujukan Bahasa atau Common European Framework of Reference for Languages merupakan sistem yang diiktiraf umum di Eropah untuk menilai tahap penguasaan terhadap bahasa asing. CEFR menunjukkan tiga tahap kecekapan: asas (iaitu A), berdikari (iaitu B) dan fasih (iaitu C), dengan setiap tahap dibahagikan kepada dua kategori dengan nombor yang sepadan. Secara keseluruhan, tahap penguasaan yang paling rendah, tahap asas, adalah gred A1, dan yang tertinggi, tahap penguasaan kepada kefasihan, adalah C2.

Apa itu kursus?

Sebuah kursus di All Right terdiri daripada 72 pembelajaran. Ini adalah jumlah purata pembelajaran yang biasanya diperlukan oleh seorang kanak-kanak untuk menyelesaikan satu tahap (Starter / Mover / Flyer - mengikut sistem Cambridge) + beberapa waktu untuk pengulangan dan pemantapan bahan serta penambahan pembelajaran tambahan berdasarkan topik cuti atau untuk memperkuat kemahiran yang diperlukan (contohnya, membaca). Maklumat lanjut mengenai kursus boleh didapati di https://allright.com/levels

Apakah maksud kursus tematik, sebagai contoh Bahasa Inggeris dalam permainan Roblox, Minecraft dan lain-lain?

Kursus-kursus kami boleh dibahagikan kepada 2 kategori: kursus am dan kursus tematik minat. Program kursus tematik melibatkan penggunaan watak, gambar, video, permainan bagi satu topik, sebagai contoh Roblox, Minecraft dan yang lain-lain.

payment_category

Pembayaran

Bagaimana untuk membayar untuk pembelajaran?

Pembelajaran boleh dibayar di laman web atau dalam aplikasi menggunakan kad Visa, Mastercard, dan kad lain, atau dengan dompet Google Pay, Apple Pay. Terdapat juga pilihan untuk membeli pembelajaran secara ansuran atau menggunakan kaedah pembayaran alternatif seperti PayPal, Pindahan Bank. 👉 Selepas pembayaran, pembelajaran secara automatik dikreditkan ke baki.

❗️Bolehkah pihak sekolah menyimpan dan menggunakan butiran kad pelanggan?

Data pembayaran anda tidak boleh dipindahkan kepada pihak ketiga atau digunakan untuk membuat pembayaran tanpa pengetahuan anda, kerana ia dilindungi oleh sistem pembayaran antarabangsa.
Jika pelajar memilih khidmat “Langganan”, fungsi pendebitan dana automatik bulanan daripada kad tersebut akan diaktifkan. All Right tidak terlibat dalam pengumpulan dan pemprosesan data pembayaran, anda memberikan ia terus kepada sistem pembayaran yang anda gunakan untuk membuat pembayaran di laman web allright.com. Sekolah All Right hanya menerima pemberitahuan daripada pembekal perkhidmatan pembayaran tersebut sama ada pembayaran telah berjaya diselesaikan. Butiran penggunaan data pengguna boleh dilihat di laman web www.allright.com. Anda boleh mengetahuinya dengan membaca polisi privasi kami.

Apakah yang dimaksudkan dengan "Pemulihan Auto"?

Termin "Pemulihan Auto" digunakan untuk pakej dalam kategori Langganan dan bermaksud dana akan didebitkan secara automatik daripada kad anda dalam tempoh masa yang ditentukan di laman web. Sebagai contoh, "Pemulihan automatik setiap bulan" bermaksud dana akan didebitkan selepas 1 bulan. "Pemulihan Auto" akan berfungsi sehingga anda menonaktifkan langganan anda di laman web.

Apa yang dimaksud dengan pembayaran ansuran?

Anda mempunyai pilihan untuk membayar ansuran untuk pakej besar. Untuk Perancis, Jerman, Austria, Sepanyol, Itali, Czech, fungsi ini boleh digunakan dengan menggunakan perkhidmatan KLARNA, manakala untuk Poland dan Romania - PAYU, untuk Ukraine - MonoBank, PrivatBank dan yang lain.

❗️Jika anak tidak suka atau kita membeli terlalu banyak pembelajaran, boleh minta bayaran balik?

All Right menawarkan jaminan wang kembali selama 28 hari. Dalam tempoh 28 hari selepas pembayaran dibuat, anda boleh memohon untuk mendapatkan bayaran balik bagi pembelajaran yang tidak digunakan. Bayaran balik akan dilakukan dalam tempoh 10 hari perbankan hari bekerja. Kami mengesyorkan anda membaca Dasar Bayaran Balik, yang menerangkan secara terperinci semua tanggungjawab sekolah All Right. Jika anda memutuskan untuk menerima bayaran balik bagi pembelajaran yang tidak digunakan, sila hubungi Sokongan kami menggunakan maklumat hubungan yang disediakan di laman web.

Berapa banyak pembelajaran dalam Kelab Bertutur yang akan kita peroleh?

Bagi pelajar sekolah, Kelab Bertutur termasuk dalam pakej bersama pembelajaran individu. Jumlah pembelajaran dalam Kelab Bertutur tidak boleh melebihi jumlah pembelajaran individu dalam pakej yang dibeli. Pendaftaran dalam Kelab Bertutur adalah mungkin jika terdapat sekurang-kurangnya 1 pembelajaran yang telah ditempah pada baki atau dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelajaran yang terakhir dibayar.

❗️Adakah bayaran langganan masih dikenakan selepas ia dilumpuhkan di laman web?

Tidak. Anda boleh berhenti langganan pada bila-bila masa - seterusnya, pembayaran automatik akan dihentikan dengan segera. Sila ambil perhatian bahawa apabila anda membatalkan langganan anda, anda kehilangan peluang untuk membeli pembelajaran pada harga lama yang berkuat kuasa semasa anda membeli langganan anda.

bonuses_category

Bonus dan promosi

❗️Apakah itu tarikh tamat pembelajaran dan baki bonus?

Jika tempoh langganan anda telah tamat, dan pembelajaran yang belum ditempah kekal pada baki anda, kos pembelajaran yang tidak digunakan akan dipindahkan ke baki Bonus. Jumlah pada baki bonus boleh digunakan apabila membayar untuk pembelajaran seterusnya, tetapi tidak melebihi 25% daripada jumlah pembayaran seterusnya.

Adakah terdapat sebarang bonus dan promosi untuk pelajar baharu dan tetap?

"Pembayaran Cepat" - jika anda membayar dalam tempoh 24 jam selepas menyelesaikan pembelajaran percubaan, anda akan mendapatkan +1 pembelajaran bonus.
"Jemput seorang kawan" - bagi setiap kawan yang dijemput dan membeli pakej pembelajaran, kami akan mengkreditkan bonus sebanyak 50 USD.
"Kehadiran yang Baik" - bagi pelajar yang hadir secara tetap, kami memberikan bonus untuk kehadiran yang baik. Bonus akan dikreditkan secara automatik pada permulaan bulan seterusnya jika anda menghadiri 16 atau lebih pembelajaran individu dengan seorang guru dalam bulan ini.
"Diskaun Keluarga" - untuk kes-kes apabila beberapa ahli keluarga terlibat sekaligus, kami menawarkan untuk menggunakan syarat-syarat khas untuk 2 atau lebih ahli keluarga.
👉 Langgan rangkaian sosial kami dan menjadi peserta dalam promosi, pertandingan dan cabutan.

Bolehkah saya menggabungkan beberapa promosi?

Jika anda mempunyai beberapa kod promosi, anda hanya boleh menggunakan satu.
Jika anda mempunyai kod promosi, anda boleh menggabungkannya dengan jumlah dalam akaun Bonus.
Jika anda mempunyai kod promosi, maka jika anda membayar dalam tempoh 24 jam selepas pembelajaran percubaan, anda juga akan menerima bonus untuk Pembayaran Cepat dan diskaun dengan kod promosi.

Tunjukkan kurang Tunjukkan lebih banyak soalan

Semasa pembelajaran percubaan anda boleh

  • Berjumpa dengan guru
  • Mendapatkan penilaian tahap pengetahuan dan cadangan pembelajaran kanak-kanak
  • Alami kelebihan pembelajaran dalam talian
AllRight

Mendaftar untuk pembelajaran percuma

Maklumat peribadi anda selamat! Dengan menghantar borang ini, anda bersetuju menerima dasar privasi kami.

Apa yang membuatkan English untuk kanak-kanak istimewa di sekolah dalam talian All Right?

🎉 Di sekolah dalam talian All Right, kami menawarkan pengalaman istimewa bagi kanak-kanak yang belajar Bahasa Inggeris yang menggabungkan keseronokan dan pembelajaran. Guru-guru kami yang berpengalaman dan bertauliah mempunyai minat yang tinggi untuk mengajar kanak-kanak, dan mereka menggunakan pengajaran interaktif yang memenuhi gaya pembelajaran yang berbeza.

📚 Dengan kurikulum peribadi yang sepadan dengan matlamat dan minat pembelajaran setiap kanak-kanak, pelajar-pelajar kami mempunyai peluang unik untuk belajar mengikut keupayaan dan tahap masing-masing.

👨‍👩‍👧‍👦 Kebolehan dan fleksibiliti jadual yang sesuai dengan gaya hidup anda menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah dalam talian All Right satu pengalaman yang menyeronokkan dan bermanfaat.

Adakah kelas Bahasa Inggeris dalam talian di All Right diajar oleh guru yang berpengalaman?

Ya, kelas Bahasa Inggeris dalam talian untuk kanak-kanak di All Right diajar oleh guru yang berpengalaman dan bertauliah yang bersemangat untuk mengajar Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak. Guru-guru kami tidak hanya berpengetahuan dan berkelayakan, tetapi mereka juga mahir dalam mencipta persekitaran pembelajaran yang positif dan menarik untuk kanak-kanak. Mereka menggunakan kaedah pengajaran interaktif yang memenuhi piawaian Cambridge dan memberikan perhatian secara peribadi kepada keperluan dan minat setiap kanak-kanak. Dengan All Right, ibu bapa boleh berkeyakinan bahawa anak-anak mereka belajar Bahasa Inggeris daripada guru terbaik dalam industri ini.

Apakah manfaat pembelajaran Bahasa Inggeris dalam talian untuk kanak-kanak?

Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam talian untuk kanak-kanak menawarkan pelbagai kelebihan yang tidak dapat disaingi oleh pembelajaran di dalam kelas secara tradisional.

🎓 Pertama, ia memberikan pengalaman pembelajaran interaktif dan menyeluruh yang disesuaikan dengan keperluan dan gaya pembelajaran individu.

🏠 Kedua, ia lebih mudah dan fleksibel, kerana kanak-kanak boleh belajar dengan keselesaan rumah sendiri.

👨‍🏫 Ketiga, ia memberikan akses kepada guru yang berpengalaman dan bersijil yang bersemangat untuk mengajar kanak-kanak dan boleh menyediakan kurikulum yang disesuaikan dengan matlamat pembelajaran mereka.

🌎 Akhirnya, ia membina rasa komuniti dan interaksi sosial, membolehkan kanak-kanak berhubung dengan rakan sebaya dari pelbagai bahagian dunia.

Adakah kelas bahasa Inggeris dalam talian sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur?

Tentu sekali! Di All Right, kami menawarkan kelas Bahasa Inggeris dalam talian untuk kanak-kanak berumur 4-18 tahun, dengan pelbagai program yang disesuaikan untuk setiap kumpulan umur. Guru-guru kami yang berpengalaman menggunakan pelbagai kaedah pengajaran interaktif dan menarik untuk menjadikan kelas-kelas ini menyeronokkan dan berkesan bagi kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur.

Sama ada anak anda baru mula belajar Bahasa Inggeris atau sudah menjadi pelajar pertengahan atau lanjutan, kami mempunyai program yang tepat untuk membantu mereka mencapai matlamat bahasa mereka. Dengan pilihan jadual yang fleksibel dan kurikulum yang disesuaikan, kami memastikan setiap kanak-kanak menerima perhatian dan sokongan yang diperlukan untuk berjaya dalam perjalanan pembelajaran bahasa mereka.

Apakah kursus Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak yang tersedia di sekolah dalam talian All Right?

Di sekolah dalam talian All Right, kami menawarkan pelbagai kursus Bahasa Inggeris yang menarik untuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun, yang direka khusus untuk memenuhi minat dan gaya pembelajaran mereka yang unik. Antara kursus yang ditawarkan adalah:

🎮 Minecraft
📖 Membaca
🌎 Melancong
🐾 Haiwan
📺 Kartun
🎤 Menyanyi

Kanak-kanak akan belajar kosakata Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan pembinaan dan reka bentuk dalam Minecraft, meningkatkan kemahiran membaca dan pemahaman dalam Membaca, mempelajari budaya dan adat istiadat yang berbeza dalam Melancong. Dalam kursus Haiwan, kanak-kanak akan belajar tentang alam semula jadi, manakala kursus Kartun akan meningkatkan kemahiran mendengar dan pemahaman. Akhirnya, kursus Menyanyi menyediakan cara yang menyeronokkan untuk berlatih sebutan dan kosakata Bahasa Inggeris melalui lagu dan puisi.

Platform Sekolah Dalam Talian All Right

Platform Sekolah Dalam Talian All Right menawarkan pelajaran Bahasa Inggeris interaktif untuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun. Dengan bilik darjah interaktif yang dilengkapi dengan pelbagai alat, pelajar boleh mengambil bahagian dalam lebih daripada 16 jenis aktiviti, termasuk permainan ingatan, mewarna gambar, dan menyanyi lagu.

🎮 Platform ini menggunakan permainan untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk menyelesaikan kursus, dengan tugasan kerja rumah yang bersifat pilihan dan ganjaran bintang.

👩‍🏫 Guru-guru kami menggunakan pelajaran interaktif yang memenuhi pelbagai gaya pembelajaran, memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar pada kadar dan tahap masing-masing.

🌎 Dengan jadual yang fleksibel mengikut gaya hidup anda, anak anda akan mempunyai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan memuaskan.

Pendidikan Dewasa Ini dikendalikan oleh rakan kongsi kami All Right Pro!

Ketahui selanjutnya
Kami menghadiahkan sehingga 3 sesi
dengan bayaran pertama
Platform dalam talian
Guru Guru
All Right Pro - photo

Dapatkan buku cerita bahasa Inggeris percuma untuk anak anda

Charlie